Monday 6 May 2013

Resepi Donut Lembut Mat Gebu

RESEPI DONUT LEMBUT MAT GEBU

Pengenalan

Resepi Donut lembut merupakan satu makanan berbentuk bulat yang hasilnya dari doh mahupun satu adunan cair. Kebanyakkan donut boleh didapati dalam pelbagai jenis, antara yang biasa dilihat ialah donut seperti gelang atau cincin. Donut yang berinti biasanya dimasukkan dengan kastard, krim dan jem yang berwarna-warni, serta manisan lain-lain dalam bentuk cecair dan krim yang berbeza-beza. Donut yang paling biasa dan disukai oleh orang ramai di Malaysia adalah donut yang disaluti dengan gula kastor.


Waktu pemakanan dan penyediaan donut ini sering dilakukan pada waktu pagi hingga petang. Donut biasanya dimakan sebagai pencuci mulut untuk sarapan pagi dan minum petang. Ini adalah disebabkan pemakanan donut ini lebih bercirikan snek dan manisan. Bahan asas utama untuk donut adalah ibu roti atau yis. Setiap penggunaan ibu roti sebagai bahan penaik roti juga dikenali sebagai roti penaik. Manakala roti yang tidak menggunakan ibu roti akan dikenali sebagai roti tanpa penaik.


Sebenarnya, donut yang sering didapati di Malaysia tidak begitu padat pada isinya, ruang dohnya selepas digoreng adalah tidak rapat. Donut dimasak secara menggoreng dengan minyak yang banyak dan kemudian disaluti dengan gula kastor, gula halus mahupun gula ising. Donut mudah didapati di gerai-gerai jalanan dan warung sahaja sebab donut di Malaysia tidak dikomersialkan secara meluas seperti pembukaan syarikat Dunkin' Donuts. Peniaga bersaing secara sihat untuk menarik hati pelanggan dengan menghidangkan donut yang cantik dengan warna-warna yang menarik. Maka, tidak kurang juga yang memberikan kelainan dengan memberikan pelbagai perisa istimewa dalam hiasan donut.


Donut adalah sejenis makanan manis yang biasa, tetapi masih dapat membuka selera orang ramai disebabkan teksturnya yang lembik itu amat menarik dan rasanya yang enak sekali semasa masuk ke dalam mulut. Donut tradisional tetap akan menjadi pilihan untuk sesetengah orang kerana donut jenis ini tidak memerlukan pelembut atau apa-apa bahan kimia untuk menjadikannya lembut. Donut ini memerlukan teknik untuk menghasilkan donut yang gebu dan lazat.


Resepi Donut Lembut
Bahan-Bahan untuk Resepi Donut Lembut
(Sesuai untuk membuat 18 biji-saiz besar)


3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar (pada suhu bilik atau dipanaskan sedikit)
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng



Cara-Cara untuk Membuat Resepi Donut lembut
 1) Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.

2) Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/ butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.

3) Uli doh sehingga permukaan ia menjadi licin dan tidak melekat pada tangan.

4) Rehatkan adunan tanpa ditutup selama 15-20 minit.

5) Setelah direhatkan, uli semula 2-3 minit sehingga tiada lagi adunan yang melekat di tangan dan mangkuk adunan.

6) Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yang ada breadmaker, boleh sediakan doh dalam bread maker macam membuat roti.

7) Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter.

8) Bagi yang tidak mempunyai dunut cutter, bahagikan doh kepada 18 bahagian yang seimbang. Bulatkan doh dan buatkan lobang di tengah-tengah degan jari atau terap doh mengikut acuan donut atau bentuk mengikut kesukaan.

9) Trim sedikit bentuknya supaya bentuknya bulat dan tidak bersegi.

10) Tutupkan donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.

11) Panaskan minyak sehingga cukup panas. Minyak masak mestilah cukup banyak untuk membuatkan doh tenggelam walaupun nanti donut itu akan timbul.

12) Goreng donut dengan api kecil atau sederhana kira-kira 3-5 minit sehingga perang keemasan. Jangan gunakan api besar, nanti dalam doh tidak masak.

13) Toskan donut dengan menggunakan kertas tisu serap minyak dan biarkan ia selama 15-30 minit.

14) Jangan salut donut dengan gula kalau donut masih panas sebab nanti gula akan "menais" atau menjadi bertepek-tepek basah.

15) Selepas itu, salut degan gula kastor, gula pasir atau gula ising mengikut citarasa masing-masing.


Tips:
 1) Menguli dengan menggunakan tangan adalah jauh lebih baik berbanding dengan mesin kerana mesin menjadikan adunan lebih padat dan berat malah donut akan menjadi liat kerana menggunakan tepung pelbagai guna sahaja.

2) Menyimpan donut dalam peti sejuk beku dalam jangkamasa yang lama. Hanya perlu menggoreng donut sebentar sahaja untuk mematikan yis dan menetapkan bentuknya. Simpan dalam bekas kedap udara atau plastik dengan seal. Selepas dibekukan, perlu defrost dahulu sebelum digoreng.

Donut yang mempunyai pelbagai jenis dan perisa dengan hiasan yang cantik amat disukai dan digemari oleh kanak-kanak kecil mahupun orang dewasa sebab kemanisan dan keistimewaan yang sangat enak. Selain daripada itu, donut ini berbeza dengan cucur keria atau kuih gelang dari bahan penyediaan dan penggunaan, walaupun mempunyai persamaan rupa bentuk yang bulat. Cucur keria tidak menggunakan bahan penaik iaitu yis dan bahan utama adalah keledek. Kuih keria atau kuih gelang sering disalut dengan gula halus atau gula biasa yang dicairkan.

Donut yang mempunyai bentuk yang lebih tebal dengan lubang yang lebih kecil mudah untuk diuruskan dalam proses pembuatan. Donut yang lembut jika tebal tidah mudah melentur berbanding dengan donut yang kurus. Sukatan untuk resepi donut lembut adalah sangat penting untuk menghasilkan resepi donut dengan bentuk yang sempurna dan perisa yang sedap dan enak sekali.



Lihat Juga...
 

Resepi Mee Kari

Resepi Mee Kari adalah antara makanan yang selalu dihidangkan adalah disebabkan rasa pedasnya yang dapat membuka selera. Resepi Mee kari dihiaskan dengan telur rebus, tauhu goreng, sawi celur, taugeh, cili merah, lemon/ limau kasturi, timun, daun sup, bawang goreng dan sebagainya. Tambahan lagi, resepi mee kari juga sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah.

http://resepimeekari.blogspot.com/


Resepi Roti Jala

Resepi Roti Jala adalah sesuatu resepi makanan yang sangat istimewa dan merupakan makananan kegemaran Orang Melayu di Malaysia.Resepi roti jala turut akan menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan biasanya dihidangkan dalam apa jua jamuan, keduri atau majlis penting, samada rasmi atau santai.

http://resepirotijala.blogspot.com/


1 comment:

  1. Harrah's Reno Hotel & Casino - JSH Hub
    Harrah's 밀양 출장마사지 Reno 부천 출장샵 Hotel & Casino is the 김포 출장안마 closest 강원도 출장샵 you can get in Reno. The resort features a restaurant, a full bar 이천 출장마사지 and a seasonal outdoor pool. The casino's

    ReplyDelete